Lokasi : Taman Negara Endau Rompin (Selai), Bekok, Johor D.T.
Geng : (26 orang) Cikgu Saip, Atan, Ustaz Ayun, Abe Man, Abe Noh, Naim, U'un,
Rahim, Mr.Os, Za Omar, Bejo, Ayie, Khir, Kucit, Zai & the family (adik & along), Abon
with special appearance from Selesa CBK Kawasaki MX Team
Embok, Wak Lan, Mierin, Wantol, Daus, Alif & Naim
Kenderaan : Jeep Cherokee, Suzuki Jimny, 2 x Daihatsu Feroza@siti feroz,
Toyota Hilux & Nissan Frontier
Selai santai V2
Alhamdulillah apabila dah sampai ke penghujung tahun 2007, keahlian anggota ataupun geng PR 4x4 Adventurous semakin bertambah dan diserikan lagi dengan kehadiran The Rhino White Suzuki Jimny milik Cikgu Saip (beli lepas kes kapalterbang x blh mendarat ????), Daihatsu Feroza milik Rahim dan juga Ustaz Ayun, Nissan Frontier milik Adik dan juga Toyota Hilux SR milik Zai. Xpdc kali menampilkan bilangan geng yang cukup ramai iaitu seramai 26 orang dan dengan visi memberikan satu pengalaman yang pasti menyeronokkan bagi abang2 dan adik2 dari Selesa CBK Kawasaki MX (Motocross) Team disamping memberikan kesedaran tentang kempen Cinta, Jelajah dan Pelihara Hutan Kita yang kami perjuangkan.
Sedikit info tentang Selesa CBK Kawasaki Mx Team yang terdiri daripada anak-anak muda dan bapak2 diorang yg begitu gigih mendisplinkan diri didalam mengembangkan bakat dan menanamkan semangat yang kuat dan melibatkan diri secara aktif dan PROFESIONAL didalam memajukan dan memartabatkan sukan motocross di Malaysia ini. Bermula dari tahun 2003 hinggalah sekarang, pasukan ini bukan saja hebat malahan telah berjaya melahirkan bakat-bakat baru dan muda didalam sukan motosikal lasak ini selain terkenal didalam sirkit arena/kejohanan tempatan/kebangsaan ataupun luar negara. Syabas buat anak-anak muda ini dan semoga bertambah kejayaan seiring dengan kegemilangan.Berbalik pada cerita xpdc kita tadi, cuaca hujan rahmat telah menyambut tiba kedatangan kami semua dengan laluan sedikit licin dan lecak tetapi itu semua tidak menjadi masalah buat konvoi kami kerana kenderaan masing-masing telah dilengkapi dengan tayar 'lipan' yang sentiasa mengigit. Di sepanjang laluan terdapat banyak kesan-kesan 'orang kuat@gajah', dan sememangnya kawasan hutan Endau Rompin Selai adalah di antara kawasan hutan yg terawal di wartakan sebagai Taman Negara dan ianya mengandungi khazanah-khazanah alam yg telah wujud beribu tahun dan hidupan liar yang bebas berkeliaran didalamnya.
Perjalanan walaubagaimanapun terhenti di pertengahan perjalanan kerana jambatan yg menghubungkan jalan tersebut telah patah dan rosak teruk mungkin akibat dari aliran deras banjir besar yang telah melanda kawasan tersebut. Kami cuba untuk mencari jalan atau laluan yg boleh dilepasi tetapi keadaan sungai yang lebar dan berpasir menggagalkan usaha kami dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan khemah di kawasan itu sahaja. Alhamdulillah kami mendapat lokasi yg cantik dan ianya betul-betul dekat dengan kawasan jeram. Senang untuk mengambil air dan memancing.
malam tu masing2 pun ambil pot mancing le, dapat la ikan tengas, seluang batang, kelah ngan baung, alhamdulillah dapatla makan ramai2 karang. Keadaan tanah dan daun2 yang basah telah menyebabkan pacat bertindak agak agresif pada malam tu, nak buat camne dh memang kt habitat dia, derma jelah darah tu. Lepas je solat subuh, adik2 tu dh mula tak sabar nak mandi, tapi bila diorang cecah je air tu, masing2 terus tak jadi sbb airnya sejuk dh macam air batu. Selepas sarapan, kitaorang berjalan ikut trek laluan yg dh ade tu untuk melihat kawasan sekeliling, nak tunjuk kat adik2 ni macamane keadaan hutan? ape ade didalamnya? jenis2 pokok dan tumbuhan dan macam2 lagi lah. Balik je trekking ape lagi, mandi la ramai2, seronok betul diorang mandi, tahan pulak tu. Lepas Zuhur, kitaorang sume pun pack la balik, kesian kt adik2 tu sebab sume kalau boleh nak stay lagi satu malam, tetapi kerana ade urusan yg perlu dibereskan, hajat tu kenalah postpone dulu, lain kali insyallah. Jumpa lagi Selai.....bye
No comments:
Post a Comment