Thursday, August 27, 2009

23-25 November 2007 - Kampung Peta



Lokasi : Kampung Peta, Taman Negara Endau Rompin (Peta), Kahang, Johor D.T.
Geng : (7 orang), Cikgu Saip aka Abang Besar, Cikgu Jali aka JJRK, Ustaz Ayun,
 Abe Atan, Abe Man, Abe Noh dan Abon (the cameraman)
Kenderaan : Jeep Cherokee, Proton Perdana, Nissan AD Resort
XPDC Selepas Banjir
Perancangan untuk masuk ke hutan telah pun dibuat, segala kelengkapan, peralatan dan kenderaan telah disediakan dan tarikh yg sesuai telah pun dipilih iaitu pada 23 November 2007, selepas solat Jumaat 'tayar bergolek'. Tetapi manusia hanya mampu merancang, Allah yg menentukan, 2 jenis kenderaan iaitu hilux yg sepatutnya 'mendarat' telah mengalami masalah teknikal dan tidak dapat mendarat. Selepas solat Asar dan Maghrib berjemaah di rumah Atan, kata sepakat telah pun diputuskan oleh ahli2 majlis iaitu XPDC mesti diteruskan walaupun terpaksa menaiki kereta Proton Perdana milik Cikgu Jali dan Nissan AD Resort kepunyaan Abe Man. Bertolak lah kami semua ke lokasi selepas Maghrib dan berhenti di Kluang untuk solat Isyak, makan malam dan membeli sedikit kelengkapan untuk memancing. Kami sampai di pintu masuk ke ladang Kahang Batu 26, kira-kira pukul 11.30 malam dan dengan keadaan jalan estet berturap tanah merah yg berlekak-lekuk, berbenjol-benjol dan lecak disebabkan hujan lebat, kami sempat lagi race di sepanjang perjalanan tersebut. Alhamdullillah kami sampai di kampung Peta pada pukul 4.30 pagi, pasang khemah, buat air milo panas dan makan dengan karipap sardin dan ZZZzzzzzzz.........
Lebih kurang pukul 9 pagi, kami dh merayau di sekitar kampung Peta dan dapat berjumpa dengan kawan lama iaitu Acau menantu Tok Batin. Kami merancang untuk menyusur Sungai Endau untuk memancing dan melihat kesan-kesan yang ditinggalkan selepas banjir besar yg melanda kawasan hutan Endau Rompin itu. "Banjir 100 tahun" adalah nama atau gelaran bagi banjir besar tersebut. Menurut Acau, banjir tersebut hampir mencecah ketinggian lebih kurang 15-20m dari paras laut, menenggelamkan hampir keseluruhan rumah penduduk kampung dan orang kampung kesemuanya melarikan diri naik ke kawasan bukit yg lebih tinggi dan menyebabkan banyak haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan ayam mati dan dihanyutkan oleh arus deras. Semua kejadian alam yang berlaku, telah ditakdirkan dan kita sebagai hambaNya mestilah menjadikan ianya satu iktibar.
Acau bekerja sebagai pemandu pelancong merangkap driver bot, selepas setuju dengan harga yg ditawarkan, kami menunggu di jeti kampung Peta sementara Acau menyiapkan bot untuk membawa kami menyusur sungai Endau.
Keindahan dan kedamaian sungai Endau menjadi salah satu daya tarikan bagi pelancong dari dalam dan luar negara sekaligus mewujudkan banyak peluang pekerjaan bagi penduduk kampung Peta. Pejabat Taman Negara Johor ataupun Johor National Park yang terletak didepan pintu masuk ke kampung Peta berperanan besar didalam membantu meningkatkan dan menjana ekonomi dan pendapatan masyarakat setempat seiring dengan usaha-usaha dan kempen-kempen yang dibuat untuk mengekalkan dan memelihara hutan dan alam sekitar dengan hasil usahasama dengan IPTA tempatan dan juga luar negara dan badan2 kerajaan khususnya. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat didalam usaha untuk mengekalkan habitat semulajadi hutan tropika di negara kita ini. Kita semua seharusnya menjaga dan memelihara anugerah yang telah tuhan kurniakan kepada kita.
     
      
berbincang tentang kejadian alam dan lubuk-lubuk yang mesti diterokai pada hari itu, kelihatan masing-masing begitu bersemangat.
Gambar dibawah dari kiri, Abang besar, Abe Noh (pemancing tegar), JJRK dan Abe Man juga dari kalangan (pemancing tegar). 
  
 
Kami menyusur sungai Endau lebih kurang 1 jam lebih sebelum sampai di lokasi memancing
banyak pokok-pokok balak yg tumbang didalam sungai dan disepanjang perjalanan tersebut kami turut menemui beberapa spesis tumbuhan seperti didalam gambar ketiga diatas, tumbuhan tersebut diberikan jolokan nama "Pandan Maintain" sama maintain dengan Cikgu Jali.....
kami sampai di kawasan lubuk ikan yg diberi nama Batu Gajah (lebih kurangla, sbb dh tak brape ingat),
dan bomoh ikan mula menjampi (gambar kiri dibawah)
 
sekali lagi JJRK memanaskan keadaan dengan mendapat anak sebarau, mendahului para peserta yang lain, untuk pengetahuan semua, kami sememangnya mengamalkan teknik 'Catch & Release', apabila dapat ikan, kami akan bergambar dan kemudiannya dilepaskan balik ke habitat asalnya, insyallah...
      
 relaks Abe Man, muka tak puas hati sebab sebarau asyik lepas aje, Ustaz Ayun pulak muka tension sebab ingat awek kt kampung yg tak sempat jumpa lagi. Asal balik kampung aje masuk hutan, camne ??
Gambar dibawah, Abe Noh yg cool dan tenang je memancing (geng abah den mancing ni), sementara Abang Besar yang memancing secara santai dari atas bot dengan menggunakan bermacam-macam teknik untuk menipu ikan :)
      
antara spesis-spesis serangga dan rama-rama yg sempat dirakamkan (lupa nak bawak Macro lens)
  
setelah penat menjelajah pelusuk lubuk dan bertarung dengan beberapa spesies ikan yg ganas :) dan selepas puas mandi sungai dan menikmati kecantikan flora dan faunanya kami bertolak balik dan sampai d jeti lebih kurang pada pukul 6 petang, aktiviti malam ZZZZzzzzzzzzz. Masuk hari yg ketiga iaitu 25 November 2007, hari terakhir XPDC, selepas menyerahkan sedikit bantuan kepada wakil penduduk kampung Peta dan juga untuk keluarga Acau, kami bertolak balik dengan seribu kenangan dan pengalaman bersama penduduk kampung Peta, terima kasih diucapkan buat penduduk kampung Peta, panjang umur kita berjumpa lagi..... :)....oh ya, TQ Acau
                            

1 comment: