Lokasi : Taman Negara Endau Rompin (Selai), Bekok, Johor D.T.
Geng : (9 orang), Cikgu Saip, Atan, Abe Man, Naim, Pyan, Kenit, Dol & sons
Kenderaan : Jeep Cherokee, Suzuki Jimny, Mitsubishi Pajero @ Jaffar Onn
& Land Rover Discovery
XPDC Selai santai V3
Aktiviti tahun 2008 dimulakan dengan xpdc ke Taman Negara Endau Rompin (Selai) dengan membawa muka-muka baru yg ingin merasai kenikmatan berehat dan santai didalam hutan tropika. Kenapa Taman Negara Endau Rompin (Selai dan Peta) sentiasa menjadi lokasi santai kami ialah kerana yang pertama jarak yang tidak jauh, kalau jauh minyak pun mahal :), kedua, keindahan, kecantikan dan kedamaian tempat2 tersebut yang telah menggetahkan kami, percayalah sahabat2 sekalian, bila anda berada didalam hutan segala kekusutan, pening2 masalah kerja atau masalah nak kawin dua, tiga atau masalah2 lain, insyallah dijamin hilang dengan
izin Allah sebab bila kita berada didalam hutan kita akan merasa tenang dan damai melihat alam ciptaan Allah yang serba serbinya begitu menyentuh perasaan, buat kita terharu dan rasa kerdil dan insaf, Subhanallah cubalah bagi yang belum mencuba. Alhamdulillah kami semua akan cuba mencari peluang dan masa yang sesuai untuk merehatkan fikiran dan badan didalam hutan jika ada kesempatan, kami sangat2 bertuah kerana lokasi santai kami dekat dengan kami, dekat di hati.
Perjalanan pada pagi itu diiringi dengan cuaca yg sedikit panas tetapi mendung, mungkin hujan di sebelah petang. Selepas mendaftar di Pejabat Taman Negara Selai dimana bayaran masuk bagi dewasa RM5, Pas kenderaan RM10 bagi satu unit kenderaan, Insurans RM2, Tapak Khemah RM5 semalam dan Renjer/Guide RM50 semalam.
Untuk maklumat lanjut boleh, anda boleh melayari :
i) http://bm.johorparks.com.my/the-parks/endau-rompin-selai/
ii) http://www.impressions.com.my/endau/erwest.htm
Masing2 leka ngan geram tengok ikan bersaiz XL yg banyak kt dlm kolam di lubuk Tapah, Sebarau dia bro, buat kecur air liur jelah, aktiviti memancing tak dibenarkan dikawasan Lubuk Tapah, sorry ek sebab kat lubuk ni kawasan reservation diorang, kena ikut la law kt situ.
Seperti gambar2 diatas, ade pelbagai kemudahan yg disediakan oleh pihak Taman Negara Endau Rompin Selai seperti Chalet, Surau, Dewan Makan, Bilik Air , Dewan Perbincangan dan banyak lagi aktiviti2 untuk mengisi masa riadah bersama keluarga ataupun program bagi badan2 kerajaan mahupun swasta.
Antara rumah2 yang didiami oleh penduduk di Kampung Selai, moden siap dengan bekalan air dan elektrik dan juga sesetengahnya mampu melanggan ASTRO.
Taman Negara Endau Rompin Selai ini seluas 48000 hektar dan nama Selai itu diambil sempena nama kampung Selai.
jumpa lagi Selai...........
Salam..
ReplyDeletedah bole adakan visi dan misi nih...
logo dah ade ke...
nnti bole masukkan gambar-gambar kete n action-action. kalau ade video lg cantik...
Shukri
Salam.
ReplyDeleteingin melihat aktiviti saya di sini.
bole add FB.
barracaster@yahoo.com
wassalam.