Wednesday, August 26, 2009

06-07 Jun 2007 - Selai santai

Lokasi : Lubuk Merekek, Taman Negara Endau Rompin Selai, Bekok, Johor D.T.

Ahli : 6 orang

Kenderaan : Toyota Hilux & Jeep Cherokee

Pengalaman pertama gua bersama kawan2 yg memang dh biasa relaks dalam hutan, semasa didalam hilux on the way to selai ni kepala hotak dh bayangkan yg macam2 dh ni, nervous+xcited....camne agaknya keadaan dlm hutan tu? ade ape la agaknya ek????.....

gua naik hilux yg dipandu oleh "Sifu Adi Bro", orang yg bertanggungjawab 'menggiankan' geng2 kampung tentang 4x4 dan lepak2 dlm hutan, first time naik hilux tu, rase laju giler...ngeri tapi mcam seronok pulak.....co-driver "Sifu" time tu ialah Cikgu Jali@JJRSK, orangnya cool, control macho, maintain tapi tu la kadang2 suka nangis.....ade kisahnya tu...hihihi
lagi satu kenderaan , jeep cherokee Abang Atan, awal 40-an, boleh tahan hencem tapi kadang2 pon suka nangis, nasib dia lebih kurang Cikgu Jali jugakla...co-driver Abang Atan ialah Cikgu Saip @ anchorman, ini worang kalu tadak, ini xpdc tadak jalan juga, bujang lagi 3, dan yang terakhir tapi bukan yang terkecil ialah Ustaz Ayun, umur pertengahan 20-an, masih bujang trang, tahan kena kutuk dan pak imam group kitaorang ni ......cukupla pengenalan ni kot :)

kami bertolak selepas solat zuhur dan sampai di pejabat Taman Negara Bekok lebih kurang 45 minit kemudian, daftar masuk and then terus bergerak ke destinasi yg dituju iaitu Lubuk Merekek, perjalanan didalam hutan boleh tahan mencabar, lalu jambatan balak dlm air, lalu 2 kampung orang asli, kiri kanan balak besar2, gua memang 'serepek' sama Adi Bro sbb dia cekap dan laju giler bawak hilux kt dlm hutan tu...60-70 KmH tu bro.....terbang beb, keadaan flora dan fauna kt dlm hutan Selai tu masih ok lagi la walaupun ade sedikit kawasan hutan yg dh jadi kelapa sawit, perjalanan lbh kurang 1 jam utk sampai ke Lubuk Merekek tu, bila sampai je....FUUUUUhhh...subhanallah, cantiknya, bestnya...tergamam sekejap la gua....tempatnya memang best, sesuai utk berehat sambil santai2

Abang Atan dengan Jeep Cherokee kesayangan












lepas abig nganga, pasang khemah setting ape2 yg patut, ape lagi mandi la ramai2, memang syok beb dh lama tak mandi air jeram, lepas makan, solat berjamaah dan aktiviti diteruskan dengan memancing la ape lagi....


Adi Bro tgh menyiapkan kelengkapan nk pergi perang dengan ikan


















Cikgu Saip dengan hasil tangkapannya




















Ustaz Ayun tengah nk berperang jugak ni, tgk benet je dh ngeri bro


















diorang terus gigih memancing sampai la ke pagi esok, kawan ngan Abang Atan pun tido la sampai subuh esok, tetapi keheningan pagi dicemari dengan jeritan kuat Cikgu Jali sebab....



dapat menaikkan seekor kelah merah berat lbh kurang 1.5kg pada pukul 4 pagi ( tetapi maaf sbb gambar takde, cameraman tgh sedap membuta, malas nak amik gambar), yg ade cuma gambar ni...kira ok la tu cikgu ek...













damai betul bila solat subuh berjamaah dgn suasana hening, suhu yg sejuk, bunyi air jeram mengalir dengan serangga/unggas yg berbunyi, memang WOW!....rugi siapa tak rase xperience ni....pagi tu diorang sambung memancing lagi sbb nak beat Cikgu Jali....sape bleh tahan beb...


boleh baling pancing dari dalam khemah, kt tempat lain takde bro, kt Lubuk Merekek je ade












tu dia......sebarau bro


















Ustaz Ayun senyum puas....:)












ptg tu, lps zuhur, kemas khemah, bersihkan tempat sekeliling, kutip sampah buang dan asingkn ikut kelas kitorang bertolak balik lbh kurang pukul 3.....satu pengalaman yg manis buat gua @ saya dan rakan2 yg lain, perasaan teruja nk masuk dlm hutan balik, tapi maybe next trip insyallah...


dari kiri : penulis, ustaz ayun, cikgu saip, adi bro, cikgu jali dan abang atan












kepada sesiapa yg berminat untuk ke Lubuk Merekek, Taman Negara Endau Rompin Selai,
sila layari laman web Perbadanan Taman Negara Johor untuk maklumat dan tempahan....jumpa anda disana :)

No comments:

Post a Comment