Monday, August 31, 2009

01 Jun 2008 - Balik Kampung Loh Makoh V1/08

Lokasi : Loh Makoh, nearby Taman Negara Endau Rompin (Peta),
Batu 26 Kahang, Johor D.T.
Geng : (9 orang) Cikgu Saip aka Abang Besar, Abe Atan, Abe Man
Abe Noh, Ustaz Ayun, Pyan, Embok, Jalek & Encik Bejo
Kenderaan : Jeep Cherokee (#117), Suzuki Jimny (#118)
Land Rover 109 (blom dpt nombor lagi :)
XPDC Balik Kampung
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua sahabat2, samada yang jauh mahupun yang dekat di hati, semoga Allah melimpahkan kita semua dengan Rahmat dan RezekiNya, Amin.
Bagi XPDC kali ini, cuaca memang menyebelahi kami, Alhamdulillah syukur. Hujan lebat dan kadang2 renyai, memang sesuai dan mencabar di sepanjang perjalanan ke kampung ketiga kami iaitu Loh Makoh selepas Parit Rasipan dan Taman Negara Endau Rompin (Selai). Sebab apa kami panggil balik kampung, sebab kami memang suka giler santai kat Loh Makoh ni kerana ape tuan2 dan puan2 ?????
Sebab yang pertama : pemandangannya .....masyallah.....banyak cantiklah.....bila tengok lama2 aaa, boleh keluar air mata tau (menurut Abang Atan laa), Sebab yg kedua : Air terjun 7 tingkat maaaaaaa...mandi manyak syook woo....airnya cukup rasa, sejuk ada, suam2 kuku pon ade....    Sebab yg ketiga : tempat ni memang damai.....syok woo kalau tido (tu yg kadang2 solat subuh gajah tu:),  Sebab yg keempat : kami punya sukalah nk pegi mane...hihihhihi.....jangan marah, gurau saje.....
                  
Kelihatan didalam gambar ialah Jimny milik Abang Besar sedang melalui jambatan balak, jambatan ni goyang kuat bila lalu kt atasnya, mula2 tu kecut jugak, lama2 alah bisa je insyallah. Perhatikan tali penyokong dan tiangnya, condong sebab arus kuat banjir 100 tahun aritu. Keadaan jalan memang licin, tambah pulak hujan lebat, basah spender bro.

Rangka jambatan baru yg sedang dalam pembinaan












Maaf kerana kualiti gambar agak kureng skit,
Land Rover 109 milik Embok



























sampai je camp site, macam biasalah, masing2 dh tau tugas masing2, antara salah satu acara wajib selain dari memancing ialah kami suka mandi atau berendam kat air terjun tu pukul 9/10 malam, best woo sebab dalam masa tgh berenang kuak lentang dapat tengok taburan bintang2 kt langit, moment tu memang touching bro...wa cakap lu....
Subhanallah Maha Suci Allah Yang telah Menciptakan Langit dan Bumi dan kita sebagai hambanya, sangat2 bertuah kerana masih berpeluang melihat KebesaranNya.

Kali ni turn kami kena stay kt atas sebab camp site kt bawah dh penuh dengan geng2 4x4 dari KL, Johor dan Singapore.


Geng Land Rover dari Singapore, gerek sehh diorang punya land rover, baru2 tu, senak perut kalau tengok lama2. Sume skali ade 5 bijik, Defender kontot (short wheel base), model Defender 90 kot, jangan nak bedek ek harun.
 
 
 
 
 
 
 
Embok sempat bergambar disamping Land Rover impiannya satu hari nanti, insyallah.
 
Group ni tgh 'Q' nak naik atas, kecuraman jalan lebih kurang 60 darjah condong, zig zag dan struktur tanahnya berbatu dan berpasssiiiirrrrrrrrrrrrrrr....... kalau tak lepas naik, ape lagi bro.....talik pakai winch looo...
 
 
 
 
 
 
 
 tengah2 naik tu, sekali.......tayar bocor la bro, sampai bocor tayar tu mamat ni kerjakan, tayar lipan pon boleh bocor tau Abang Atan....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
member2 lain pon ape lagi, rescue la mamat sorang ni, sape ek nama dia, kevin kot....
 
kitaorang pon tolong jugak, tolong tengok ngan tolong menyebok, menyebok belek land rover..hihihi...jangan nak bedek la run....
 
 
 
 
 
 Embok dan Jalek bersama member baru, John Johny Jonanthan...tararampampampampam...yang suka menyeringai....pyan kan suka jeep????  
sebelom balik, kami sempat singgah d kampung peta, tengok pemandangan cantik sungai endau sambil jeling2 kalau terserempak dengan cikgu Jun yang cantik jelita tu, dia mengajar di sekolah rendah kampung Peta.......
babai loh makoh...panjang umur, sampai la kita lagi disini
 

Friday, August 28, 2009

18-19 Mei 2008 - Selai santai V3

Lokasi : Taman Negara Endau Rompin (Selai), Bekok, Johor D.T.
Geng : (9 orang), Cikgu Saip, Atan, Abe Man, Naim, Pyan, Kenit, Dol & sons
Kenderaan : Jeep Cherokee, Suzuki Jimny, Mitsubishi Pajero @ Jaffar Onn
& Land Rover Discovery
XPDC Selai santai V3



Aktiviti tahun 2008 dimulakan dengan xpdc ke Taman Negara Endau Rompin (Selai) dengan membawa muka-muka baru yg ingin merasai kenikmatan berehat dan santai didalam hutan tropika. Kenapa Taman Negara Endau Rompin (Selai dan Peta) sentiasa menjadi lokasi santai kami ialah kerana yang pertama jarak yang tidak jauh, kalau jauh minyak pun mahal :), kedua, keindahan, kecantikan dan kedamaian tempat2 tersebut yang telah menggetahkan kami, percayalah sahabat2 sekalian, bila anda berada didalam hutan segala kekusutan, pening2 masalah kerja atau masalah nak kawin dua, tiga atau masalah2 lain, insyallah dijamin hilang dengan

izin Allah sebab bila kita berada didalam hutan kita akan merasa tenang dan damai melihat alam ciptaan Allah yang serba serbinya begitu menyentuh perasaan, buat kita terharu dan rasa kerdil dan insaf, Subhanallah cubalah bagi yang belum mencuba. Alhamdulillah kami semua akan cuba mencari peluang dan masa yang sesuai untuk merehatkan fikiran dan badan didalam hutan jika ada kesempatan, kami sangat2 bertuah kerana lokasi santai kami dekat dengan kami, dekat di hati.


 
 
 
Perjalanan pada pagi itu diiringi dengan cuaca yg sedikit panas tetapi mendung, mungkin hujan di sebelah petang. Selepas mendaftar di Pejabat Taman Negara Selai dimana bayaran masuk bagi dewasa RM5, Pas kenderaan RM10 bagi satu unit kenderaan, Insurans RM2, Tapak Khemah RM5 semalam dan Renjer/Guide RM50 semalam.
 
 
 
 
 
Untuk maklumat lanjut boleh, anda boleh melayari :
i)  http://bm.johorparks.com.my/the-parks/endau-rompin-selai/
ii) http://www.impressions.com.my/endau/erwest.htm
 
  
Masing2 leka ngan geram tengok ikan bersaiz XL yg banyak kt dlm kolam di lubuk Tapah, Sebarau dia bro, buat kecur air liur jelah, aktiviti memancing tak dibenarkan dikawasan Lubuk Tapah, sorry ek sebab kat lubuk ni kawasan reservation diorang, kena ikut la law kt situ.
 
Seperti gambar2 diatas, ade pelbagai kemudahan yg disediakan oleh pihak Taman Negara Endau Rompin Selai seperti Chalet, Surau, Dewan Makan, Bilik Air , Dewan Perbincangan dan banyak lagi aktiviti2 untuk mengisi masa riadah bersama keluarga ataupun program bagi badan2 kerajaan mahupun swasta.   
 
 
 
Antara rumah2 yang didiami oleh penduduk di Kampung Selai, moden siap dengan bekalan air dan elektrik dan juga sesetengahnya mampu melanggan ASTRO. 
 
Taman Negara Endau Rompin Selai ini seluas 48000 hektar dan nama Selai itu diambil sempena nama kampung Selai.
 
 
 
 
 
 
 
jumpa lagi Selai...........
 
 
 

Thursday, August 27, 2009

24-25 Disember 2007 - Selai santai V2

Lokasi : Taman Negara Endau Rompin (Selai), Bekok, Johor D.T.
Geng : (26 orang) Cikgu Saip, Atan, Ustaz Ayun, Abe Man, Abe Noh, Naim, U'un,
 Rahim, Mr.Os, Za Omar, Bejo, Ayie, Khir, Kucit, Zai & the family (adik & along), Abon
with special appearance from Selesa CBK Kawasaki MX Team
Embok, Wak Lan, Mierin, Wantol, Daus, Alif & Naim
Kenderaan : Jeep Cherokee, Suzuki Jimny, 2 x Daihatsu Feroza@siti feroz,
Toyota Hilux & Nissan Frontier
Selai santai V2
Alhamdulillah apabila dah sampai ke penghujung tahun 2007, keahlian anggota ataupun geng PR 4x4 Adventurous semakin bertambah dan diserikan lagi dengan kehadiran The Rhino White Suzuki Jimny milik Cikgu Saip (beli lepas kes kapalterbang x blh mendarat ????), Daihatsu Feroza milik Rahim dan juga Ustaz Ayun, Nissan Frontier milik Adik dan juga Toyota Hilux SR milik Zai. Xpdc kali menampilkan bilangan geng yang cukup ramai iaitu seramai 26 orang dan dengan visi memberikan satu pengalaman yang pasti menyeronokkan bagi abang2 dan adik2 dari Selesa CBK Kawasaki MX (Motocross) Team disamping memberikan kesedaran tentang kempen Cinta, Jelajah dan Pelihara Hutan Kita yang kami perjuangkan. 
Sedikit info tentang Selesa CBK Kawasaki Mx Team yang terdiri daripada anak-anak muda dan bapak2 diorang yg begitu gigih mendisplinkan diri didalam mengembangkan bakat dan menanamkan semangat yang kuat dan melibatkan diri secara aktif dan PROFESIONAL didalam memajukan dan memartabatkan sukan motocross di Malaysia ini. Bermula dari tahun 2003 hinggalah sekarang, pasukan ini bukan saja hebat malahan telah berjaya melahirkan bakat-bakat baru dan muda didalam sukan motosikal lasak ini selain terkenal didalam sirkit arena/kejohanan tempatan/kebangsaan ataupun luar negara. Syabas buat anak-anak muda ini dan semoga bertambah kejayaan seiring dengan kegemilangan.

 Berbalik pada cerita xpdc kita tadi, cuaca hujan rahmat telah menyambut tiba kedatangan kami semua dengan laluan sedikit licin dan lecak tetapi itu semua tidak menjadi masalah buat konvoi kami  kerana kenderaan masing-masing telah dilengkapi dengan tayar 'lipan' yang sentiasa mengigit. Di sepanjang laluan terdapat banyak kesan-kesan 'orang kuat@gajah', dan sememangnya kawasan hutan Endau Rompin Selai adalah di antara kawasan hutan yg terawal di wartakan sebagai Taman Negara dan ianya mengandungi khazanah-khazanah alam yg telah wujud beribu tahun dan hidupan liar yang bebas berkeliaran didalamnya.

Perjalanan walaubagaimanapun terhenti di pertengahan perjalanan kerana jambatan yg menghubungkan jalan tersebut telah patah dan rosak teruk mungkin akibat dari aliran deras banjir besar yang telah melanda kawasan tersebut. Kami cuba untuk mencari jalan atau laluan yg boleh dilepasi tetapi keadaan sungai yang lebar dan berpasir menggagalkan usaha kami dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan khemah di kawasan itu sahaja. Alhamdulillah kami mendapat lokasi yg cantik dan ianya betul-betul dekat dengan kawasan jeram. Senang untuk mengambil air dan memancing.

 









     


























 
malam tu masing2 pun ambil pot mancing le, dapat la ikan tengas, seluang batang, kelah ngan baung,  alhamdulillah dapatla makan ramai2 karang. Keadaan tanah dan daun2 yang basah telah menyebabkan pacat bertindak agak agresif pada malam tu, nak buat camne dh memang kt habitat dia, derma jelah darah tu. Lepas je solat subuh, adik2 tu dh mula tak sabar nak mandi, tapi bila diorang cecah je air tu, masing2 terus tak jadi sbb airnya sejuk dh macam air batu. Selepas sarapan, kitaorang berjalan ikut trek laluan yg dh ade tu untuk melihat kawasan sekeliling, nak tunjuk kat adik2 ni macamane keadaan hutan? ape ade didalamnya? jenis2 pokok dan tumbuhan dan macam2 lagi lah. Balik je trekking ape lagi, mandi la ramai2, seronok betul diorang mandi, tahan pulak tu. Lepas Zuhur, kitaorang sume pun pack la balik, kesian kt adik2 tu sebab sume kalau boleh nak stay lagi satu malam, tetapi kerana ade urusan yg perlu dibereskan, hajat tu kenalah postpone dulu, lain kali insyallah. Jumpa lagi Selai.....bye