Tuesday, September 1, 2009

25-26 Oktober 2008 - Selai santai V4

Lokasi : Taman Negara Endau Rompin (Selai), Bekok, Johor D.T.
Geng : (6 orang) Cikgu Saip aka Abang Besar, Abe Atan, Abe Aman,
Abe Noh, Pyan, Dr. Saiful aka Dr. Rado (hero citer INTAN)
Kenderaan : Jeep Cherokee (#117), Suzuki Jimny (#118),
Mitsubishi Pajero 
XPDC Selai Santai V4
 02 September 2009 bersamaan 12 Ramadhan 1430H, hari Rabu. Dh dekat
2 minggu rupanya umat islam berpuasa, Alhamdulillah tahun ni, cuaca pon ok,
suasana pon aman dan tenang sampai x perasan yg rupanya minyak petrol
naik 25sen semalam. Dari rm 1.80sen jadi rm 2.05sen. Alhamdulillah.....
XPDC kali ni kita bawak sorang kawan baru....memperkenalkan......
Dr. Saiful aka Dr. Rado, tapi kami suka panggil dia Dr. Rado.
Dr. Rado ialah seorang hero dalam drama bersiri INTAN (leleh punya
drama), untuk pengetahuan....kami semua suka citer ni kecuali
JJRK....dia tak suka sebab....??????
 

Dr. Saiful aka Dr. Rado
kali ni geng cuma 6 orang naik 3 kenderaan, tambang mahal nampak.
Kebetulan kawasan Lubuk Merekek belum ada tetamu lain selain kami.
Siap je pasang khemah, makan, solat dan acara wajib iaitu berendam,
dan dengan ditemani oleh Mat Noh (guider yg ikut kami), kami pun
merehatkan minda dengan memancing, Alhamdulillah rezeki kami murah
aritu, Abe Noh dapat ikan Kelah tu (gambar di atas). Malam tu kami semua
tido nyenyak sebab dalam perut ade lauk kelah goreng kunyit campur
3 lauk lain yg d masak oleh chef Atan, terima kasih abang atan.
Rekod dalam bab pancing memancing ni memang takde orang lain selain
daripada Abe Noh, rekod tangkapan tertinggi sepanjang tahun...maintain.
Malam tu Abe Noh tido senyum....hajat tercapai...ZZZZzzzzz
Alhamdulillah selepas solat subuh dan sedikit tazkirah, kami bersarapan
ringan dan membuat sedikit regangan kerana pagi ni kami nak pergi trekking
ke Lubuk Tapah dengan Mat Noh (guider kami). Biasanya 1 guider 
bagi setiap 10 orang dalam satu kumpulan, itu syarat wajib 
Taman Negara Selai. Kami berjalan lebih kurang 1 jam, macam2 
spesis pokok dan tumbuhan ada. Sampai kat Lubuk Tapah,
kami sempat 'ngeteh' kt Cafe Mak Long yang peramah. Kebetulan
time tu, ade student dari UPM yang buat kerja2 research kat situ.
Sebenarnya memang ramai pengunjung2 yg pergi ke Taman Negara
Endau Rompin Selai ni, selalunya student2 dari IPTA macam UTM,
UKM, UPM, UiTM, UTHM dan banyak lagi. Banyak kajian2 yang
merangkumi serangga, tumbuh-tumbuhan, kajian air, binatang2 liar dan
macam-macam lagi. Bukan setakat dari IPTA tempatan, universiti
luar negara pun banyak kali datang.
 
Balik je dari Lubuk Tapah, camp site dh penuh dengan pengunjung.
Ada 1 group motocross dari Segamat, sekali tengok rupenya member laaa,
Wak Nan and the geng, diorang memang rajin rupenya ke sini.
Lepas lunch, kami pon chalooo.....
















Monday, August 31, 2009

01 Jun 2008 - Balik Kampung Loh Makoh V1/08

Lokasi : Loh Makoh, nearby Taman Negara Endau Rompin (Peta),
Batu 26 Kahang, Johor D.T.
Geng : (9 orang) Cikgu Saip aka Abang Besar, Abe Atan, Abe Man
Abe Noh, Ustaz Ayun, Pyan, Embok, Jalek & Encik Bejo
Kenderaan : Jeep Cherokee (#117), Suzuki Jimny (#118)
Land Rover 109 (blom dpt nombor lagi :)
XPDC Balik Kampung
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua sahabat2, samada yang jauh mahupun yang dekat di hati, semoga Allah melimpahkan kita semua dengan Rahmat dan RezekiNya, Amin.
Bagi XPDC kali ini, cuaca memang menyebelahi kami, Alhamdulillah syukur. Hujan lebat dan kadang2 renyai, memang sesuai dan mencabar di sepanjang perjalanan ke kampung ketiga kami iaitu Loh Makoh selepas Parit Rasipan dan Taman Negara Endau Rompin (Selai). Sebab apa kami panggil balik kampung, sebab kami memang suka giler santai kat Loh Makoh ni kerana ape tuan2 dan puan2 ?????
Sebab yang pertama : pemandangannya .....masyallah.....banyak cantiklah.....bila tengok lama2 aaa, boleh keluar air mata tau (menurut Abang Atan laa), Sebab yg kedua : Air terjun 7 tingkat maaaaaaa...mandi manyak syook woo....airnya cukup rasa, sejuk ada, suam2 kuku pon ade....    Sebab yg ketiga : tempat ni memang damai.....syok woo kalau tido (tu yg kadang2 solat subuh gajah tu:),  Sebab yg keempat : kami punya sukalah nk pegi mane...hihihhihi.....jangan marah, gurau saje.....
                  
Kelihatan didalam gambar ialah Jimny milik Abang Besar sedang melalui jambatan balak, jambatan ni goyang kuat bila lalu kt atasnya, mula2 tu kecut jugak, lama2 alah bisa je insyallah. Perhatikan tali penyokong dan tiangnya, condong sebab arus kuat banjir 100 tahun aritu. Keadaan jalan memang licin, tambah pulak hujan lebat, basah spender bro.

Rangka jambatan baru yg sedang dalam pembinaan












Maaf kerana kualiti gambar agak kureng skit,
Land Rover 109 milik Embok



























sampai je camp site, macam biasalah, masing2 dh tau tugas masing2, antara salah satu acara wajib selain dari memancing ialah kami suka mandi atau berendam kat air terjun tu pukul 9/10 malam, best woo sebab dalam masa tgh berenang kuak lentang dapat tengok taburan bintang2 kt langit, moment tu memang touching bro...wa cakap lu....
Subhanallah Maha Suci Allah Yang telah Menciptakan Langit dan Bumi dan kita sebagai hambanya, sangat2 bertuah kerana masih berpeluang melihat KebesaranNya.

Kali ni turn kami kena stay kt atas sebab camp site kt bawah dh penuh dengan geng2 4x4 dari KL, Johor dan Singapore.


Geng Land Rover dari Singapore, gerek sehh diorang punya land rover, baru2 tu, senak perut kalau tengok lama2. Sume skali ade 5 bijik, Defender kontot (short wheel base), model Defender 90 kot, jangan nak bedek ek harun.
 
 
 
 
 
 
 
Embok sempat bergambar disamping Land Rover impiannya satu hari nanti, insyallah.
 
Group ni tgh 'Q' nak naik atas, kecuraman jalan lebih kurang 60 darjah condong, zig zag dan struktur tanahnya berbatu dan berpasssiiiirrrrrrrrrrrrrrr....... kalau tak lepas naik, ape lagi bro.....talik pakai winch looo...
 
 
 
 
 
 
 
 tengah2 naik tu, sekali.......tayar bocor la bro, sampai bocor tayar tu mamat ni kerjakan, tayar lipan pon boleh bocor tau Abang Atan....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
member2 lain pon ape lagi, rescue la mamat sorang ni, sape ek nama dia, kevin kot....
 
kitaorang pon tolong jugak, tolong tengok ngan tolong menyebok, menyebok belek land rover..hihihi...jangan nak bedek la run....
 
 
 
 
 
 Embok dan Jalek bersama member baru, John Johny Jonanthan...tararampampampampam...yang suka menyeringai....pyan kan suka jeep????  
sebelom balik, kami sempat singgah d kampung peta, tengok pemandangan cantik sungai endau sambil jeling2 kalau terserempak dengan cikgu Jun yang cantik jelita tu, dia mengajar di sekolah rendah kampung Peta.......
babai loh makoh...panjang umur, sampai la kita lagi disini
 

Friday, August 28, 2009

18-19 Mei 2008 - Selai santai V3

Lokasi : Taman Negara Endau Rompin (Selai), Bekok, Johor D.T.
Geng : (9 orang), Cikgu Saip, Atan, Abe Man, Naim, Pyan, Kenit, Dol & sons
Kenderaan : Jeep Cherokee, Suzuki Jimny, Mitsubishi Pajero @ Jaffar Onn
& Land Rover Discovery
XPDC Selai santai V3



Aktiviti tahun 2008 dimulakan dengan xpdc ke Taman Negara Endau Rompin (Selai) dengan membawa muka-muka baru yg ingin merasai kenikmatan berehat dan santai didalam hutan tropika. Kenapa Taman Negara Endau Rompin (Selai dan Peta) sentiasa menjadi lokasi santai kami ialah kerana yang pertama jarak yang tidak jauh, kalau jauh minyak pun mahal :), kedua, keindahan, kecantikan dan kedamaian tempat2 tersebut yang telah menggetahkan kami, percayalah sahabat2 sekalian, bila anda berada didalam hutan segala kekusutan, pening2 masalah kerja atau masalah nak kawin dua, tiga atau masalah2 lain, insyallah dijamin hilang dengan

izin Allah sebab bila kita berada didalam hutan kita akan merasa tenang dan damai melihat alam ciptaan Allah yang serba serbinya begitu menyentuh perasaan, buat kita terharu dan rasa kerdil dan insaf, Subhanallah cubalah bagi yang belum mencuba. Alhamdulillah kami semua akan cuba mencari peluang dan masa yang sesuai untuk merehatkan fikiran dan badan didalam hutan jika ada kesempatan, kami sangat2 bertuah kerana lokasi santai kami dekat dengan kami, dekat di hati.


 
 
 
Perjalanan pada pagi itu diiringi dengan cuaca yg sedikit panas tetapi mendung, mungkin hujan di sebelah petang. Selepas mendaftar di Pejabat Taman Negara Selai dimana bayaran masuk bagi dewasa RM5, Pas kenderaan RM10 bagi satu unit kenderaan, Insurans RM2, Tapak Khemah RM5 semalam dan Renjer/Guide RM50 semalam.
 
 
 
 
 
Untuk maklumat lanjut boleh, anda boleh melayari :
i)  http://bm.johorparks.com.my/the-parks/endau-rompin-selai/
ii) http://www.impressions.com.my/endau/erwest.htm
 
  
Masing2 leka ngan geram tengok ikan bersaiz XL yg banyak kt dlm kolam di lubuk Tapah, Sebarau dia bro, buat kecur air liur jelah, aktiviti memancing tak dibenarkan dikawasan Lubuk Tapah, sorry ek sebab kat lubuk ni kawasan reservation diorang, kena ikut la law kt situ.
 
Seperti gambar2 diatas, ade pelbagai kemudahan yg disediakan oleh pihak Taman Negara Endau Rompin Selai seperti Chalet, Surau, Dewan Makan, Bilik Air , Dewan Perbincangan dan banyak lagi aktiviti2 untuk mengisi masa riadah bersama keluarga ataupun program bagi badan2 kerajaan mahupun swasta.   
 
 
 
Antara rumah2 yang didiami oleh penduduk di Kampung Selai, moden siap dengan bekalan air dan elektrik dan juga sesetengahnya mampu melanggan ASTRO. 
 
Taman Negara Endau Rompin Selai ini seluas 48000 hektar dan nama Selai itu diambil sempena nama kampung Selai.
 
 
 
 
 
 
 
jumpa lagi Selai...........