Lokasi : Taman Negara Endau Rompin (Selai), Bekok, Johor D.T.
Geng : (6 orang) Cikgu Saip aka Abang Besar, Abe Atan, Abe Aman,
Abe Noh, Pyan, Dr. Saiful aka Dr. Rado (hero citer INTAN)
Kenderaan : Jeep Cherokee (#117), Suzuki Jimny (#118),
Mitsubishi Pajero
XPDC Selai Santai V4
02 September 2009 bersamaan 12 Ramadhan 1430H, hari Rabu. Dh dekat
2 minggu rupanya umat islam berpuasa, Alhamdulillah tahun ni, cuaca pon ok,
suasana pon aman dan tenang sampai x perasan yg rupanya minyak petrol
naik 25sen semalam. Dari rm 1.80sen jadi rm 2.05sen. Alhamdulillah.....
XPDC kali ni kita bawak sorang kawan baru....memperkenalkan......
Dr. Saiful aka Dr. Rado, tapi kami suka panggil dia Dr. Rado.
Dr. Rado ialah seorang hero dalam drama bersiri INTAN (leleh punya
drama), untuk pengetahuan....kami semua suka citer ni kecuali
JJRK....dia tak suka sebab....??????
Dr. Saiful aka Dr. Rado
kali ni geng cuma 6 orang naik 3 kenderaan, tambang mahal nampak.
Kebetulan kawasan Lubuk Merekek belum ada tetamu lain selain kami.
Siap je pasang khemah, makan, solat dan acara wajib iaitu berendam,
dan dengan ditemani oleh Mat Noh (guider yg ikut kami), kami pun
merehatkan minda dengan memancing, Alhamdulillah rezeki kami murah
aritu, Abe Noh dapat ikan Kelah tu (gambar di atas). Malam tu kami semua
tido nyenyak sebab dalam perut ade lauk kelah goreng kunyit campur
3 lauk lain yg d masak oleh chef Atan, terima kasih abang atan.
Rekod dalam bab pancing memancing ni memang takde orang lain selain
daripada Abe Noh, rekod tangkapan tertinggi sepanjang tahun...maintain.
Malam tu Abe Noh tido senyum....hajat tercapai...ZZZZzzzzz
Alhamdulillah selepas solat subuh dan sedikit tazkirah, kami bersarapan
ringan dan membuat sedikit regangan kerana pagi ni kami nak pergi trekking
ke Lubuk Tapah dengan Mat Noh (guider kami). Biasanya 1 guider
bagi setiap 10 orang dalam satu kumpulan, itu syarat wajib
Taman Negara Selai. Kami berjalan lebih kurang 1 jam, macam2
spesis pokok dan tumbuhan ada. Sampai kat Lubuk Tapah,
kami sempat 'ngeteh' kt Cafe Mak Long yang peramah. Kebetulan
time tu, ade student dari UPM yang buat kerja2 research kat situ.
Sebenarnya memang ramai pengunjung2 yg pergi ke Taman Negara
Endau Rompin Selai ni, selalunya student2 dari IPTA macam UTM,
UKM, UPM, UiTM, UTHM dan banyak lagi. Banyak kajian2 yang
merangkumi serangga, tumbuh-tumbuhan, kajian air, binatang2 liar dan
macam-macam lagi. Bukan setakat dari IPTA tempatan, universiti
luar negara pun banyak kali datang.
Balik je dari Lubuk Tapah, camp site dh penuh dengan pengunjung.
Ada 1 group motocross dari Segamat, sekali tengok rupenya member laaa,
Wak Nan and the geng, diorang memang rajin rupenya ke sini.
Lepas lunch, kami pon chalooo.....
No comments:
Post a Comment